Monday, January 24, 2011

Program Nadwah

Program Nadwah anjuran MYCONCERN diadakan bagi menyemai semangat keislaman yang mungkin telah hilang dalam diri remaja. Jadi tujuan dakwah ini mensasarkan golongan remaja lepasan SPM.
  
 Pada sebelah malam pula sesi taaruf dan ice breaking diadakan bagi merapatkan hubungan antara peserta dengan peserta serta facilitator yang lain.Menyanyi lagu tema juga menjadi agenda penting dalam tentatif program ini.Selain itu , program ini juga dapat memupuk semangat perpaduan dan kepimpinan dalam diri peserta masing-masing. Perlantikan penghulu iaitu Muhammad Munir bin Rahimi serta organisasi yang lain dapat menjadi bukti sifat kepimpinan dan perpaduan terserlah dalam diri    peserta masing-masing.

Hari seterusnya dimulai dengan qiamulail seterusnya sembahyang subuh berjemaah. Kemudian riadah pagi pula dimulakan dengan riadah ringan seperti kawat,permainan dan lain-lain lagi.Dalam aktiviti ini kita dapat melihat hubungan peserta dengan peserta yang lain semakin akrab.Disusuli dengan aktiviti sarapan pagi iaitu makan bertalam di antara peserta diikuti aktiviti-aktiviti seterusnya.Pada waktu petang juga terdapat aktiviti menarik seperti permainan bola beracun bagi kedua-dua peserta muslimat dan muslimah.Kemudian sebelum tidur kami dikehendaki melantik penghulu baru iaitu Ahmad Razin bin Mohd Fauzi.

Hari keempat merupakan hari yang kemuncak kerana makanan waktu malam nanti tiada kerana kami akan menyembelih,membasuh dan segalanya dengan tangan kami sendiri.Ini dapat membuatkan para peserta merasa sendiri pengalaman memasak ayam dengan tangan sendiri.Kemudian pada sebelah malamnya pula kami memberi resolusi tentang apa yang terjadi. Tetapi aktiviti yang tidak disangka-sangka ialah sambutan hari jadi kepada sesiapa yang lahir pada bulan Disember.Sebelum tidur, kami melantik Muhammad Mustaqim bin Jamal  menjadi penghulu kami.

Setiap permulaan ada pengakhiranya.Di hari kelima kami diminta memberi resolusi tentang semua program yang dijalankan.Kemudian kami diminta berkumpul untuk meluahkan perasaan dan bersalam-salaman.


No comments:

Post a Comment

Halwa Telinga